Wednesday, October 9, 2013

Cabaran Seseorang Usahawan dan Strategiknya


Keusahawanan akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:

(a) Kepelbagaian Tenaga Kerja

Tenaga kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga. keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat.

(b) Kesetiaan Pekerja yang Menurun

Persaingan secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang berilmu atau pun “knowledge workers’.

(c) Kekangan Tenaga Buruh

Penurunan dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji, elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat.

(d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran

Kebanyakan pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja.

(e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan

Usahawan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran.

(f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja

Usahawan perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif.

(g) Gerak Balas Terhadap Globalisasi

Perniagaan hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan fizikal yang trhad. Ada tenaga kerja yang akan ditugaskan ke luar negara. Mereka perlu didedahkan kepada perbezaan keperluan, aspirasi. sikap, budaya, dan personaliti yang bakal dihadapi apabila berada di negara berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat pekerja asing yang akan diambil bekerja oleh usahawan. Adalah menjadi tanggungjawab usahawan untuk menangani pengaruh globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan hormat-menghormati untuk kebaikan bersama.

(h) Memperkasakan Pekerja

Kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.


(i) Menggalakkan Perubahan Dan Inovasi

Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

(j) Kesementaraan

Usahawan dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja. Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.

            Seterusnya jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan yang mungkin berlaku.

(k) Membangunkan Perilaku Beretika

Dalam keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan. Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema “relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil.

Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi. usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan. Antara strategi yang sepatutnya dilakukan oleh usahawan adalah:

(1) Strategi Sejagat

Usahawan perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil oleh pesaing mereka.

(2) Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk. pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. Mereka harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk bersaing dalam perniagaan.


(3) Mengutamakan Jaringan

Mereka hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka Renal mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.

(4) Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong

Usahawan pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana (how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.

(5) Kepakaran Berkomunikasi

Usahawan Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.


1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.
    Salam persahabatan
    Perkenalkan, nama saya Andrean baskoro, saya tinggal di jawa tengah, Indonesia. Sedikit berkongsi kisah hidup saya, semoga dapat menjadi inspirasi bagi rakan-rakan yang sedang terjerat mslh hutang terutama riba.
    3 tahun yg lalu saya pernah rugi dalam perniagaan hartanah dan kotraktor hingga akhirnya terjerat hutang sampai dengan hampir Milyaran. Dari mula kereta operasi s / d kereta peribadi ghaib. Dari merumahkan pekerja sampai akhirny saya yang merumahkan diri .. (lha wong muflis).
    Ada banyak ikhtiar yg sempat saya lakukan hanya demi kembali bangkit. Dengan baki modal yang tidak seberapa, iseng ikut MMM. terkandas. Cuba peruntungan melalui paranormal, malah tambah susah ... ya pernah. Cuba beli nombor togel (modal nanya-nanya ke dukun), alih-alih nombor yg diharapkan keluar, malah-malah nombor dukunnya yang tidak dapat dihubungi lagi (judulnya kena tipu lagi). Cuba mencari pinjaman online, malah disuruh pemindahan kos pentadbiran.
    Pada diri saya terpatri: Lebih baik berusaha dan gagal daripada mengumbar aib diri dengan cara meminta orang untuk memahami kesulitan yang sedang saya hadapi. Apapun peluang yang datang, saya follow up. Tidak masuk akal? Mungkin. Hanya saja, saya berkeyakinan bahawa orang baik pasti akan diketemukan dengan orang baik. Seiring berjalannya waktu, Allah bukakan jalannya juga. Di suatu petang saya dipertemukan dgn sebuah dompet. Melalui dompet itulah Allah turunkan cobaan sekaligus jalan yg merubah nasib saya. Saya katakan cobaan, kerana pada masa itu saya tidak pegang wang sama sekali. Sedangkan dalam dompet tersebut selain identiti dan sim pemiliknya, ia juga mengandungi 4 Atm dari Bank yg berbeza sekaligus terdapat sehelai kertas kecil yang diselitkan mengandungi 6 digit angka.
    Saya hanya menduga-duga saja bahawa angka tersebut adalah pin dari salah 1 Atm di dompet. Belum lagi ada wang 2.4 jt rupiah dalam lembaran 100ribuan. Kan wow banget godaannya? Sejujurnya dalam lapar dan dalam desakan bil, ada godaan untuk mempunyai isi dompet tersebut. Hingga akhirnya saya putuskan utk mendatangi alamat yang tertera di dalam kad pengenalan. Sempat tanya sana-sini. Apabila tiba di alamat yg tertera, saya tidak menyangka bahawa menurut warga sekitar, si pemilik dompet tersebut adalah salah satu pejabat daerah. Dan kebetulan lagi, beliau tergolong sebagai dermawan di kotanya. Malah katanya, beliau tidak segan utk membantu orang yg benar-benar sedang kesulitan. Sama ada dengan memberikan pinjaman, atau memberikan modal usaha. Setelah berbual panjang lebar dan akan meminta diri, saya tidak menyangka sama sekali bahawa saya diajak untuk bergabung dalam perniagaan yg beliau uruskan.
    Pendek cerita, melalui peluang dari beliaulah saya dapat membetulkan keadaan ekonomi keluarga. Mengenai hutang saya? Ketika saya menulis kisah hidup saya ini, hutang saya telah mendekati lunas hanya kurang kira-kira dari 20jt saja. Jika saudara ingin turut bersilaturahmi dengan beliau, dgn tujuan untuk menyediakan pelaburan modal pada usaha yang saudara urus, atau ingin cuba peruntungan agar masalah hutang anda diberikan penyelesaian, saya bersedia utk mengantarkan saudara pada beliau.
    Tenang saja, tanpa bayaran apa-apa kok. Atau sekadar berhasrat utk berkongsi tips tentang bagaimana cara penyelesaian hutang pada kad kredit, KTA atau penyelesaian hutang pada rentenir, saudara boleh menghubungi saya via e-mail di :. Utk nombor telfon / bbm by request yaa.
    . Semoga saudara sekalian diberikan kemudahan dan kesabaran. Tetap semangat untuk berikhtiar. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum tersebut merubahnya. salam. Andreanbaskoro31@gmail.com oh iya, maklum saja sih .. Kalau ada yg mengaku boleh membantu tetapi meminta pemindahan sejumlah wang, sebaiknya tidak perlu ditanggapi. Tentunya anda tidak mahu bagai membeli kucing dalam karung kan? Kerana kalau pengakuannya memang benar, sepatutnya orang tersebut berani untuk bertemu secara langsung.

    ReplyDelete