Tuesday, October 8, 2013

ciri-ciri untuk menjadi usahawan yang berjaya


Adakah anda tahu?Usahawan-usahawan yang Berjaya itu adalah seorang usahawan yang sentiasa berfikir untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan dan memperolehi kejayaan. Seseorang usahawan yang berjaya mempunyai ciri-ciri tertentu yang sebagai garis panduan bagi memantau usahawan ke tahap berjaya.


Apabila diterjemahkan kepada praktis perniagaan sebenar, nilai keusahawanan ini boleh diukur dari keberanian pengusaha untuk berpisah dengan simpanan atau wang pinjaman untuk melaksanakan idea dan impian yang jauh ke hadapan. Usahawan sentiasa berupaya mencari dan merebut peluang seterusnya melaksana dengan jayanya. Ini mungin berasaskan pada satu kebolehan luar biasa fikiran untuk mengikut naluri yang positif.Seorang usahawan yang Berjaya adalah usahawan yang rajin bekerja, berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburi. Mereka ini juga sangat tekun dan tidak mudah berputus asa untuk melakukan sesuatu.Kegagalan adalah guru kepada mereka. Dan kegagalan yang akan mengajar mereka untuk terus berjaya. Jika sesaorang itu berniaga untuk mencari rezeki, maka lebih mudah untuknya beroleh kejayaan.
Antara ciri-cirinya:



1.Keperluan untuk kejayaan
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam                   hidup. Mereka sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Mereka sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya setelah mereka berjaya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan
Usahawan tidak akan membiarkan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya. Mereka akan merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya yang patut mereka lakukan.

4. Menyelesaikan masalah
Seseorang usahawan akan menyelesaikan masalahnya dengan cepat dan sebaik mungkin. Mereka tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Mereka mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu. Ini akan lebih memudahkan lagi mereka untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik
Usahawan sentiasa mempunyai harapan dan pemikiran yang positif mengenai masa depannya. Mereka ini akan sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh, suatu hari nanti akan beroleh kejayaan yang mereka impikan.

6. Mencari persekitaran yang baik
Untuk menjamin bahawa mereka ini tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya. Dan membuat sesuatu pekerjaan itu di persekitaran yang tenang, membantu kita untuk lebih FOKUS menyiapkan sesuatu pekerjaan itu

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu
Satu cara terpenting bagi seseorang usahawan ialah membuat apa yang dirancang. Mereka bukan hanya
sekadar mempunyai banyak idea, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan yang diimipkan seterusnya memberikan mereka kejayaan.

8. Tampuk kawalan
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Mereka ini sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat mengurus pekerjaannya dengan baik. Mereka ini selalunya disukai serta dihormati oleh pekerjanya. Mereka juga berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain
Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan  pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan. Oleh itu, barulah sesuatu perniagaan itu akan Berjaya dengan sikap percaya antara satu sama lain.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan
Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah mereka ini mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung. Inilah yang akan mendorong mereka untuk lebih maju dan berjaya.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika mereka membuat kesilapan, mereka akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang. Sememangnya, kegagalan itulah yang akan memberikan kita kejayaan suatu hari nanti.

12. Keupayaan mencuri peluang
Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.



13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif
Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya mereka boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara
mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Mereka melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan.
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Mereka perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Mereka juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku & membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan. Mereka yang gagal adalah mereka yang gagal membuat perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat
Usahawan akan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Mereka akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.

20. Ubah suai pentadbiran
Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan. Oleh itu, semua kerja yang dilakukan akan menjadi seronok kerana adanya minat dalam melakukan kerja itu.

21. Kemahiran pengurusan
Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh Berjaya. Dan mereka yang gagal adalah mereka yang berputus asa dalam menempuh cabaran dan rintangan yang datang.

23. Kepimpinan
Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, mereka mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa yang singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha
Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Mereka sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya. Bak kata pepatah, “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.

25. Pandai membuat keputusan
Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.

No comments:

Post a Comment