Tuesday, October 8, 2013

usahawan oku yang berjaya

Usahawan yang Berjaya
Blog ini saya akan lebih fokus kepada usahwan OKU yang berjaya di Malaysia.Tujuan saya adalah untuk menarik perhatian blogger tentang OKU, harap semua tidak akan memandang rendah terhadap mereka dan sentiasa bagi peluang untuk mereka mengembangkan kemahirannya.Lain kata,juga bertujuan untuk memarakkan hati OKU bahawa kecacatan itu bukanlah satu alasan untuk rendahkan diri sendiri. 

Golongan OKU kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaaan mereka sebagai penjawatan awam malahan dalam bidang keusahawanan.Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang,seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.Di sini,saya akan memperkenalkan dua contoh usahawan OKU yang berjaya. Antaranya,Lee Thiam Wah(Speedmart 99) dan Tengku Arman Harris Tengku Ismail(Kedai Batik Sutera).Lee Thiam Wah seorang OKU yang hanya belajar sampai darjah 6 tetapi seorang usahawan jutawan yang berjaya.Beliau berkerusi roda semenjak kecil akibat lumpuh yang menyebabkan polio dan hilang fungsi kaki sewaktu bayi. Manakala Tengku Arman Haris Tengku Ismail seorang pengusaha batik yang berjaya. Beliau mengalami kecacatan pendengaran.Beliau menceburi bidang ini dengan mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera dengan mula berkerja di kilang Romi Batik di Chendering.

Ingin lebih mendalami tentang kedua-dua tokoh ini,sila beri perhatian kepada blog ini.Saya akan masukkan gambar-gambar dan video berkaitan bagi semua lebih memahami tentang proses usahawan OKU untuk mngecapi kerjayaan mereka.


No comments:

Post a Comment